Home » Reviews » TRIP YOGYAKARTA, INDONESIA – THE HIDDEN TRAVELLER

Alhamdulillah akhirnya sampai juga aku dan isteri ke bandar Jogjakarta, Indonesia dan kesimpulan trip kali ni adalah Jogjakarta sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan misteri. Trip santai 5 hari 4 malam kami gunakan sebaik mungkin dengan pelbagai aktiviti dan yang pasti memang ‘enjoy’ sepanjang berada di sana. Seperti biasa, sebelum ‘travel’  ke mana-mana aku yang akan buat segala perancangan dan ‘study’ sedikit sebanyak tentang tempat yang akan dilawati.

Trip kali ni, Air Asia menjadi pilihan kerana Air Asia mempunyai ‘direct flight’ ke Jogjakarta daripada KLIA2 dan lebih cepat sampai lebih banyak masa untuk aktiviti di sana nanti. Seperti biasa untuk penginapan aku akan gunakan Booking.com untuk membuat perbandingan harga dan lokasi yang memudahkan kami berdua. Pilihan penginapan kami kali ini adalah Ibis Styles Yogyakarta yang terletak di Jalan Malioboro dan bersebelahan dengan ‘Malioboro Mall’ dan kami menggunakan khidmat ‘travel agent’ bagi pegangkutan, lawatan serta aktiviti di sana.

‘Travel Agent’ trip kali ini adalah Enjoy Your Holiday  yang aku jumpa melalui instagram. Kelainan kepada ‘travel agent’ ini adalah pemandu/supir mereka boleh menjadi ‘photographer’ peribadi kita sepanjang berada di sana dan yang paling mengejutkan kami hasil kualiti gambar yg dihasilkan amat kreatif, cantik dan tidak mengecewakan. Kami dah rasa macam artis pulak sebab ke mana saja kami pergi ada ‘personal photographer’. Ini adalah kelebihan kepada Enjoy Your Holiday  kerana kebanyakkannya pemandu/supir ‘travel agent’ lain hanya bertanggungjawab menghantar dan mengambil pelancong sahaja.

Selain itu, sebarang pertanyaan berkaitan pakej, ‘itinerary’ dan harga juga dijawab dengan pantas dan berhemah. Kalau korang nak cuba boleh contact Aziz Fajar Mursalin +628224242477252. Tapi yang paling penting kita kena ‘request’ awal dan bagi la ‘tips’ kepada pemandu/supir sebab jadi ‘personal photographer’ bukan tugas hakiki mereka, ini lebih kepada pertolongan dan diluar pakej yang dibayar.

Satu perkara lagi adalah aku nak mengingatkan yang diorang pun hanya guna ‘smartphone’ untuk ambil gambar dan bukannya guna DSLR. Tapi kalau korang nak ‘request’ pakai DSLR mungkin ada disediakan dan korang boleh bertanya terus dengan saudara Aziz.

DAY 1

Setibanya kami di Adi Sucipto (JOG), kami dijemput oleh Dedi Yanu Irawan supir merangkap ‘personal photographer’  kami hehehe! Airport Adi Sucipto ni takde la sebesar mana sebab asalnya airport ni merupakan Pengkalan Tentera Udara Indonesia dan kami dimaklumkan airport baru bakal beroperasi tahun depan. Misi pertama kami, mencari kedai makan kerana telah sampai waktu makan tengahari dan kami singgah di salah sebuah kedai makan dalam perjalanan ke bandar Jogjakarta. Selesai makan kami meneruskan perjalanan ke Ibis Styles Malioboro untuk ‘check-in’dan bersiar-siar di Jalan Malioboro sehingga ke petang. Disebabkan hari pertama kami memilih untuk aktiviti santai.

DAY 2

Hari kedua ini yang pasti kami ingin melawat Magelang dan berjumpa dengan family angkat kami iaitu Abang Heyder dan Kak Nova. Alhamdulillah! kami dapat berjumpa dan menziarahi rumah mereka di Magelang. Dalam perjalanan ke Magelang kami sempat singgah di Candi Borobudur untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Bermulalah tugas tambahan kepada supir kami iaitu Dedi sebagai ‘personal photographer’. Selesai kami ziarah family di Magelang kami terus bergerak balik ke hotel dan seperti biasa kami berjalan-jalan disekitar Malioboro. Kami juga sempat merasa minum kopi di LOKO Coffee Shop berhampiran Malioboro.

DAY 3

Hari ketiga aktiviti penuh dan memang meletihkan tapi kami tetap enjoy melawat ke Bukit Pangguk, Rumah Hobbit, Timang Beach dan Hutan Pinus Pengger. Aktiviti di Bukit Pangguk dan Rumah Hobbit lebih kepada bergambar cuma di Rumah Hobbit bagi yang sukakan aktiviti lasak boleh cuba ‘jungle tracking’ dan ‘flying fox’. Timang Beach pula yang pasti adalah wajib makan Lobster yang murah sebelum naik gondola. Kami tak naik gondola sebab memikirkan ombak kuat dan hati yang tak berapa nak berani. Hutan Pinus Pengger pula sama seperti Bukit Pangguk dan Rumah Hobbit lebih kepada aktiviti bergambar tapi waktu malam dan disediakan ‘profesional photographer’ yang dikenakan bayaran.

DAY 4

Sepatutnya hari keempat kami ke Pule Payung tapi kami ubah aktiviti ke Merapi Lava Tour. Rasa rugi kalau dah sampai ke Jogjakarta tak melawat ke Merapi dan jangkaan kami tepat kerana Merapi Lava Tour ni amat-amat menarik dan penuh dengan ilmu pengetahuan. Di sini kami di bawa menaiki pacuan 4 roda dan melawat ke Muzium Merapi serta kawasan sekitarnya. Di sinilah aku tahu bahawa Gunung Merapi mempunyai penjaganya iaitu Arwah Mbah Maridjan dan kisahnya. Apa yang aku boleh rumuskan kisah Arwah Mbah Maridjan adalah “taatnya beliau kepada titah Sultan sehingga mengorbankan nyawanya sendiri”.

DAY 5

Oleh kerana hari terakhir di Jogjakarta, kami berjalan disekitar Bandar Jogjakarta sahaja dan kami sempat ke Kraton dan tempat membuat Bakpia kuih tradisi di Jogjakarta. Rasa seperti tidak puas sebab tidak dapat mendengar sejarah Kraton secara lebih terperinci. Yang mengkagumkan kami adalah jika kita berada di dalam Kraton kita boleh melihat Tugu Jogjakarta dan Gunung Merapi berada dalam kedudukan selari. Dalam jam 2.30 petang kami bertolak ke Adi Sucipto (JOG) Airport. Terima kasih kepada Supir kami iaitu Dedi yang sudi membawa kami ke tempat-tempat menarik di Jogjakarta!!!

Source : The Hidden Traveller – Trip Yogyakarta, Indonesia

# Share this information with your friends

No comments yet

Please write your comments

Contact Us

If you have any questions, please contact us.